Ke Senarai

Pengumuman


Sistem E Khairat Untuk Pkkdp Kini Aktif

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Sistem ekhairat ini kini aktif dan boleh digunapakai untuk tujuan mendaftar ahli keluarga Tuan/Puan dengan Persatuan Khairat Damansara Perdana Selangor. Sila pastikan semua maklumat adalah lengkap dan nombor IC tanggungan turut disertakan. Kegagalan mengisi semua data ini boleh menyebabkan kelulusan keahlian anda ditangguh.

Setiap keahlian adalah percuma. Walaubagaimanapun, PKKDP mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menampung pengurusan jenazah ahli yang lain. Sumbangan boleh dibuat dengan butir maklumat berikut:

Nama: Persatuan Khairat Kematian Damansara Perdana Selangor
Bank: Maybank Berhad
Cawangan: Mutiara Damansara
No Akaun: 5627 6841 4983
Email: khairatdp@gmail.com

Segala kerjasama Tuan/Puan mengikuti proses pendaftaran ini diucapkan terima kasih.

Sekretariat PKKDP

ADMIN , dikemaskini pada 13 July, 2021 08:00. Mula-mula diumumkan pada 22 July, 2016 00:16.

ekhairat - © 2012 - 2024   Diuruskan oleh Quantum Digital International Sdn Bhd